(Video) Kucing yang berani mati ini mencari gaduh dengan aligator! Lihat siapa yang menang!

Pastinya kucing ini merupakan kucing yang paling berani dalam sejarah. Pada kebiasaannya, kucing akan melarikan diri apabila ternampak pemangsa. Tapi bukan kucing ini!

Video ini dirakam di sebuah taman hidupan liar di New Orleans oleh para pelancong. Bayangkan kejutan mereka apabila melihat seekor kucing mencabar seekor aligator sementara si aligator sedang makan ketulan ayam di tebing air.

Apabila si aligator mencapai seketul ayam, kucing yang berada di hadapannya itu menampar muncungnya bertalu-talu.

Pada mulanya, si aligator tidak mempedulikan pukulan lembut si kucing namun ia mula berasa jengkel selepas berkali-kali diganggu ketika makan.

Jadi, bermulalah ‘pertandingan merenung’ antara si kucing dengan si aligator.

cat2

Setelah si aligator cukup yakin bahawa ia telah menakutkan si kucing dengan renungan mautnya itu, ia bergerak ke hadapan untuk makan seketul lagi ayam. Tanpa dijangka, si kucing sekali lagi menampar muncungnya berkali-kali.

cat3

cat4

Akhirnya, si aligator berundur dan kembali ke air tanpa menghabiskan makanannya.

cat5

Saksikan keberanian si kucing di dalam video ini.

Menakjubkan juga kerana si aligator tidak membaham si kucing. Agaknya ibu si aligator ini mengajarnya untuk ‘mengalah kepada yang lebih kecil’!

Credit – Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *