Bukan sebab bekas kekasih, ini punca Fattah Amin tidak hadir ke AME 2018

Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) telah melabuhkan tirainya malam tadi di Axiata Arena, Bukit Jalil yang menjadikan kenangan terindah buat dua selebriti popular, Neelofa dan Khai Bahar apabila masing-masing membolot kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki.

Lebih membanggakan apabila Neelofa dapat mempertahankan gelaran tersebut untuk kali kedua berturut-turut sejak beliau menang pada tahun lalu. Manakala bagi kategori lelaki dimenangi oleh Fattah Amin.

Namun, malam tadi rezeki menyebelahi akstress jelita, Nur Fazura apabila beliau diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Bintang Filem MeleTOP sekaligus telah menewaskan 20 calon lain dalam kategori itu.

Meskipun beliau memenangi  kategori tersebut, namun beliau tidak dapat hadir ke anugerah berprestij itu kerana atas urusan tertentu. Walau bagaimanapun, Iman Thang yang juga pengurus kepada Fazura telah mewakili akstress itu untuk menerima anugerah tersebut.

Fazura pegang watak sebagai Dian dalam filem J Revolusi.

Anugerah utama TOP TOP MeleTOP Wanita dan Lelaki tahun lepas.

Spekulasi mengatakan bahawa pasangan sweet Fazura dan suaminya, Fattah Amin tidak hadir ke majlis tersebut kerana ingin mengelak diri dari bekas kekasihnya, Neelofa adalah tidak benar dan hanya cerita palsu semata-mata.

Fattah Amin sibuk di Sarawak.

Sebenarnnya, Fattah mempunyai urusan tertentu iaitu perlu menghadirkan diri ke Mood Republik, Kuching, Sarawak bagi mempromosikan produknya.

Instagram stories Fattah Amin.

Sumber : Fattah Amin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *