Imej-imej ini diambil sebelum sesebuah kemalangan berlaku, lelaki pada foto pertama tentu mengalami kesakitan yang sangat pedih!

Kadang-kala terdapat banyak kejadian atau perasaan yang dilihat atau dirasai tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bak kata bidalan, sekeping gambar merungkai seribu makna. Di sini kami kumpulkan beberapa imej yang membawa cerita-ceritanya yang tersendiri. Malah, beberapa daripadanya mungkin boleh mengukir senyuman di wajah anda. Semoga terhibur!

Sungguh menarik! Corak dan bentuk yang boleh dihasilkan biji magnet mikro ini pasti mengagumkan anda

Sekiranya anda seorang peminat bebola magnet mikro (Micromagnets) ini, video yang kami kongsikan di sini akan menunjukkan teknik dan corak menarik yang mungkin anda belum lihat sebelum ini.

Kepada yang belum pernah mendengar tentang permainan ini, ianya sebenarnya hanyalah biji-biji kecil magnet mikro yang boleh membentuk corak yang menarik. Tetapi ianya kelihatan sangat menyeronokkan.

Di samping dapat mengisi waktu lapang, biji magnet ini juga boleh meransang kreativiti minda pemain untuk menghasilkan corak yang menarik menggunakan teknik yang berbeza-beza.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari laman web micromagnets.com, biji-biji ini dijual pada harga $25.00 (RM110.87) untuk 432 biji magnet dan $84.35 (RM374.09) untuk 1728 biji mikro magnet.

Anda boleh membentuk sebiji bola

Benteng istana atau serampang peladang?

Kotak mini

Corak garisan bersisik

Tetapi awas, pastikan anda tidak meletakkan magnet-magnet ini terlalu dekat dengan mulut anda untuk mengurangkan kebarangkalian tertelan biji-biji magnet ini.

Biji-biji magnet yang tertelan berkemungkinan akan menempel antara satu dengan lain di usus anda. Hal ini boleh menyebabkan kecederaan yang sangat serius.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *