‘Sejuk Hati Tengok Pakaian Dan Penampilan Dia,Semoga Wany Terus Istiqamah Hendaknya”-Penampilan Wany Di AME Dapat Pujian Ramai Orang

Bila sebut sahaja mana-mana anugerah dalam dunia hiburan, waktu inilah anda boleh melihat banyak fesyen yang di peragakan oleh ramai artis tanah air pada hari tersebut. Bermula dari hujung kepala sampai ke hujung kaki, ada banyak hiasan sana-sini dengan design yang aneh serta lain dari yang lain. Bagi mereka, dunia hiburan adalah dunia popular yang mendapat perhatian ramai secara meluas di seluruh Malaysia.Makanya pada malam itulah mereka perlu kelihatan cantik dan menarik dengan fesyen yang sangat gempak.

Begitulah juga yang anda boleh lihat pada malam AME baru-baru ini.

Rata-rata,ramai artis kita terutamanya artis wanita mengenakan pakaian denagn design yang nampak sangat moden menggunakan tema tertentu. Ada yang mungkin kelihatan aneh dan pelik namun itulah dunia artis bagi mereka. Tidak di nafikan, ada juga pakaian yang di kenakan sesetengah artis wanita nampak kurang sesuai kerana terlalu mendedahkan bahagian kulit yang tidak sepatutnya berlaku.Namun bagi artis muda Wany Hasrita ini, pakaiannya pada malam itu di puji ramai orang.

Walaupun di kelilingi dengan rakan artis wanita yang memakai pakaian agak singkat, namun Wany tetap mengekalkan imejnya dengan memakai tudung bawah paras dada dengan sangat sopan.Wany sendiri sangat gembira dengan fesyen pakaian yang di pakainya pada malam tersebut.

Netizen ramai kagum melihat bagaimana Wany kelihatan cantik dan menawan walaupun berpakaian tanpa perlu mendedahkan kulit dan tidak menyingkatkan tudungnya. Make up yang di kenakannya juga pada malam itu nampak tidak terlalu melebih-lebih dan agak sederhana.

Ramai betul yang memuji-muji penampilan Wany pada malam tersebut.Siapa cakap wanita tidak boleh bergaya dan nampak cantik dengan mengenakan pakaian sopan macam ini,betul tak?

KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *