(Video) Nasib Baik Ada Ruffedge…

Semalam, viral di laman twitter apabila persembahan Ruffedge memberi nostalgia kepada penonton di Anugerah Meletop. Kalau sebelum ini, kumpulan itu pernah muncul di satu majlis perkahwinan Fazura dan Fattah. Ramai juga menganggap Ruffedge menyelamatkan majlis berprestij itu. Betul ke?

Kalau sebelum ini, kumpulan itu pernah muncul di satu majlis perkahwinan Fazura dan Fattah. Tak sangka Ruffedge masih ada ada peminat tersendiri. Boleh dikatakan memang lagend! Ramai artis yang bangun terhibur dengan persembahan kumpulan mereka. Cayalah!

Rindu Ruffedge

Ruffedge selamatkan Meletop

Kinah buat hal

Ni baru betul kalau pergi award. Ni tidak …tepuk tangan pun malas

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on

Full video Ruffedge

Ramai suka

Sumber : Twitter

Neelofa, Khai Bahar Top Top MeleTOP AME 2018

ANUGERAH MeleTOP Era 2018 (AME 2018) di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini menjadi kejayaan terindah buat dua selebriti popular Neelofa dan Khai Bahar apabila masing-masing membolot kategori utama Top Top MeleTOP Wanita dan Lelaki.

Lebih membanggakan apabila Neelofa dapat mempertahankan gelaran buat kali kedua berturut-turut sejak dia menang pada tahun lalu.

Justeru, untuk kategori Drama MeleTOP dimenangi Red Velvet arahan Michael Ang dan anugerah Pelakon MeleTOP pula menjadi milik Noor Neelofa.

Penyampai radio yang juga pelawak Jep Sepahtu bersama isterinya, Sari Yanti dipilih memenangi kategori Couple MeleTOP manakala Program Radio MeleTOP menobatkan Johara Pagi Era buat kali kelima sejak AME dianjurkan.

Bagi kategori Penyampai Radio MeleTOP pula dimenangi Johan dari Johara Pagi Era dan Artis Lawak MeleTOP pula dimenangi pelawak yang juga pelakon, Zizan Razak.

Sementara itu, anugerah Si Cilik MeleTOP dimenangi Arif Jiwa Asyraf, sekali gus menewaskan calon lain seperti Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana, Syeriv Samheizy dan Yusuf Iskandar.

Pelakon drama Titian Cinta di slot Akasia TV3, Farah Nabilah dinobatkan sebagai Artis Baharu MeleTOP.

Tidak ketinggalan, anugerah Program MeleTOP akhirnya menjadi milik Sepahtu Reunion Live 2017 menewaskan empat lagi program lain dicalonkan.

Sementara itu, Khai Bahar menang kategori Penyanyi MeleTOP menewaskan Siti Nordiana, Ayda Jebat, Hael Husaini dan Haqiem Rusli.

Khai turut menang anugerah Lagu MeleTOP menerusi single pertamanya, Bayang. Manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Faizal Tahir memenangi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP.

Pelakon Nur Fazura dipilih sebagai pemenang kategori Bintang Filem MeleTOP manakala filem lakonannya, J Revolusi pula diumumkan sebagai pemenang kategori Filem MeleTOP.

Selain itu, Nabil Ahmad dipilih sebagai pemenang trofi kategori Hos MeleTOP manakala Neelofa kali ini memenangi kategori Fesyen MeleTOP.

AME 2018 turut meraikan ikon penyiaran berpengalaman Datuk Harjit Singh Hullon sebagai pemenang kategori Anugerah Khas MeleTOP.

Bagi setiap kategori, pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi dan kategori utama iaitu Top Top MeleTOP menerima hadiah RM10,000 berserta trofi.

Malam AME 2018 dihoskan lima pengacara iaitu Nabil Ahmad, Neelofa, Sherry Al Hadad, Jihan Muse dan Sabri Yunus.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi senior seperti Datuk Ramli Sarip, Ito Blues Gang, Francissca Peter, KOOL, Gersang, Ruffegge, Mas Idayu, Dayang Nurfaizah, Noh Hujan, Altimet dan UNIC.

Manakala, persembahan daripada penyanyi generasi baru iaitu Hael Husaini, Syamel, Ernie Zakrie, Khai Bahar, Ismail Izani, Haqiem Rusli dan Xpose Band.

Turut diundang membuat persembahan di AME 2018 ialah penyanyi dari Indonesia iaitu Virgoun dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla dan Upiak pula sangat dikenali dengan lagu Tak Tun Tuang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *