(Video) “Time Ni Masa Dia Nak Tunjukkan L*rah Dia”-Fesyen Uqasha Senrose Yang Mengancam Dapat Perhatian Netizen!

Masih terasa lagi dengan kehangatan Anugerah MeleTop Era yang berlangsung di Axiata Arena. Ramai artis-artis Malayisa yang turun padang untuk memeriahkan lagi majlis anugerah itu.

Dalam kehangatan AME semalam, pasti banyak mata-mata tidak lekang melihat fesyen-fesyen yang dibawakan oleh setiap artis. Bermacam tema yang mereka gunakan seperti futuristik, ranggi dan minimal.

https://www.instagram.com/p/BhT2zZOl90V/

Namun seperti biasa dalam gaya yang dipamerkan pasti ada sahaja kesilapan yang akan ditegur netizen. Pelakon, Uqasha Senrose mengenakan pakaian dress berwarna royal blue, turut dipadankan dengan kot biru untuk menampakkan lebih versatil.

Tetapi apa yang menarik perhatian netizen adalah belahan baju di dada Uqasha agak besar dan secara tak langsung menampakkan lurah dadanya! Aduhai, sayang seribu kali sayang..

Rata-rata netizen mengkritik pemakaian Uqasha dimana terlihat sangat menonjol di bahagian dada.

Respon netizen

Sekurang-kurangnya tutup dada, tolong ubah..

Kalau tak nampak takpe, ni dah nampak..

Nak ikut barat konon..

Lebih suka Nelydia dari dia ni, pakaian pun terdedah

Mungkin selepas ini Uqasha perlu lebih peka dengan rekaan dan pemilihan pakaian, kalau nak diikutkan ini bukan kali pertama Uqasha dikritik kerana pemakaian kan?

Sumber: IG MeleTop, IG Arma Couture

Kredit: KisahDunia.COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *